Wednesday, June 2, 2010

Pengenalan kepada Sistem Kerajaan / Konsep-konsep Kerajaan

Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :

a. pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri

b. kewujudan atau tidak kewujudan raja

Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.
Kerajaan Kesatuan
• dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan

• Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

• Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British

• Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka

• Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain

• Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark
Kerajaan Konfederasi

• merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama

• kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri

• Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)

Kerajaan Persekutuan

• beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama

• setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri

Kerajaan Republik
• ketua negara lazimnya seorang Presiden

• Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal

Kerajaan Beraja

• ketua negara adalah raja / ratu

• hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan

• Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik

• demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)

• oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum

• antara ciri-cirinya :

a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi

b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya

c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak

d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih

e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat

Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi

Persekutuan

Kesatuan

Konfederasi

• Kuasa kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri / tempatan

• Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

• Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat terhad

• Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu

• Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain